produk-produk

Selasa, 3 Mei 2016

Tawaran IPO LKL International Untuk Rakyat Malaysia


Hasil carian imej untuk lkl international berhad



Semua pemohon MITI   boleh menyemak keputusan permohonan khas saham Bumiputera LKL International Berhad di laman web Miti. Kepada yang berjaya , tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya boleh memohon secara dalam talian pula saham LKL yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia.

Tarikh tutup permohonan bagi saham LKL adalah pada esok 04 Mei 2016 sebelum jam 05 petang. Tarikh keputusan pengundian adalah pada 06 Mei 2016. Jumlah saham yang diterima akan dimasukkan ke akaun CDS masing-masing pada 12 Mei 2016. Saham LKL akan disenaraikan pada 16 Mei 2016. Semoga saham LKL akan mengikut jejak Pecca semasa disenaraikan nanti.

Alliance Investment Bank merupakan bank penasihat bagi penyenaraian saham LKL International. Semua pemohon boleh memohon saham secara dalam talian atau  melalui mesin ATM bank masing-masing. Sebanyak 8 juta unit saham ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia. LKL International tiada berniat untuk memberikan  polisi dividen buat masa sekarang kepada para pelabur selepas disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Apepun sila buat kajian lebih mendalam sebelum membeli mana-mana kaunter saham di BSKL. Ini kerana saya bukanlah dealer ataupun remiser untuk mana-mana Investment Bank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan