produk-produk

Khamis, 12 Mei 2016

Tawaran IPO Dancomech Holding Berhad Oleh MITI





MITI telah menawarkan tawaran saham khas Dancomech Holdings Berhad bermula 09 Mei 2016. Tawaran ini dibuka sehingga 13 Mei 2016(Jumaat)  sebelum 12.00 tengahari. Penghantaran borang permohonan pula sebelum 16 Mei 2016 sebelum jam 04.30 petang. Untuk maklumat lanjut boleh layari lawan sesawang http://sahamonline.miti.gov.my/.

IPO Dancomech menawarkan 18.6. juta unit saham kepada pelabur bumiputera di bawah tawaran MITI. Harga par  bagi saham ini adalah RM0.40. MIDF Amanah  Investment Bank Berhad merupakan bank penasihat IPO syarikat ini. Pejabat syarikat ini terletak di Temasya Industrial Park, Shah Alam.

Syarikat Dancomech telah ditubuhkan pada tahun 1990. Syarikat ini banyak membekalkan peralatan dan alatan untuk industri minyak dan gas. Hasil penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur akan digunakan untuk bayaran pinjaman bank, pembelian aset dan modal pusingan syarikat. Syarikat ini juga ingin mengembangkan perniagaan dengan membeli bangunan baru di Johor Darul Takzim. Mereka juga ini menubuhkan cawangan baru di Lahad Datu, Sabah dan Bintulu di Sarawak. Lahad Datu mempunyai potensi dalam bidang kelapa sawit dan Di Bintulu ada perniagaan minyak dan gas yang masih boleh berkembang. Sila buat kajian lebih lanjut sebelum membeli saham ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan